Skip to main content

Handmade Wedding Card

Sebelum berkahwin, saya tolong design kad wedding untuk orang and ada buka facebook page FairyTale Studio (sudah berhabuk sekarang) khas utk orang2 yang mencari budget rendah dalam perkhidmatan kad kahwin. Ada yang sy design dengan rela hati dan ada yg berbayar. Tapi sekarang sudah "bersara", sudah sangat lama xpegang AI and PS. Semua itu jadi kenangan sudah. Dan yang penting untuk perkahwinan sy, sy sendiri yang buat 😀 happy dan puas hati.

Tips:
Sebelum decide utk suruh org lain design kad kawin, utk memudahkan keja mereka.. kita sendiri yg perlu buat research n study dulu style apa kita mahu dan tema utk perkahwinan. Percayalah! Itu sgt memudahkan kerja designer.

1. Tema
Saya mahu cerita pengalaman sendiri. Bila design kad utk org macam tidak susah. Tapi bila design utk sendiri sangat ssh!! Sbb yalah, mahukan kesempurnaan. Tapi yg bagusnya, saya dan pasangan bersetuju tema adalah Vintage and color green + white.

2. Research
So, time 'goggling' inilah mata akan jadi rambang.. mahu ini lah mau itu lah.. tapi last2, something yang ada Lace and color earth caught my eye. Lepas dah tahu, sy survey kedai tempat beli material, mana mok print murah. And lucky me!!! Saya sangat familiar dengan staf2 di Techno Graphic Tabuan. Mmg dlm fikiran pergi kesana terus.
(To noted this is year March 2015. Recently i checked that Techno Graphic Tabuan has move to another place)
I get special price for printing of A3 dan staffnya tolong saya cutting juga 😀. They said, "amoi cantik mok kawen." 

Tips: kad kawin ini kena buat awal!!! Jgn last minute baru mok buat. Yes memang ia hanya sekeping kertas / kad jemputan shj tp Sy ada byk kawan gara2 xpuas hati dgn price and kad then baru terkial2 mok cari org lain buat kad. Saya buat awal 6 mths before wedding. Lps siap, sy ketepikan hal kad. Tunggu edarkan shj 😎

3. Tempat

Di kuching ssh mahu dapat harga yg murah untuk printing dan tempat untuk beli bahan/barang untuk perkahwinan.

Techno-Graphic, Lot 319, Jln Rubber, Kuching. 

- sampul surat putih, kertas A3 (brown), artcard paper 220g sy beli sini juga selain printing. 

Rainbow Hantaran Perkahwinan, Jalan Canna, Tabuan Jaya Kuching (Opposite Giant Tabuan Jaya) 

- kertas minyak berbunga dan gift box juga disini. 

MR. DIY Boulevard kuching

- i found tali guni di sini 😀 lama cari baru dapat. Cun juga MR DIY baru buka masa tu. 

4. End result 

Sangat berpuas hati dengan kad jemputan kahwin. Its simple, printing only black n white which save my $$ on printing. Xda gambar saya dan pasangan, xda 'maps' macam tipikal kad kawin org lain. Ya, comment pertama both of our parent 'knp xda peta??' Heheh. Senyum jak. Sendiri design and suruh org printing shj. Xpayah susah mok cutting, sampai rmh lipat shj paper minyak dan ikat dengan tali ala2 tali guni dan masuk sampul. Siap! 

Comments