Skip to main content

Majlis Pertunangan Kami

Pertunangan kami diadakan setahun sebelum perkahwinan iaitu pada 11 Oktober 2014. Akhirnya setelah beribu kali terasa ingin untuk berkongsi baru hari ini artikel pertunangan kami berjaya diceritakan.

Pertunangan merupakan satu bahagian yang penting dalam hubungan cinta pasangan Kristian yang ingin mendirikan rumahtangga. Ianya adalah tahap ujian dan pertunangan ini boleh dibatalkan atas sebab2 tertentu. Pertunangan dalam Kristian gereja Borneo Evangelical Church tidak memberi `lesen` kepada pasangan untuk hidup seakan suami isteri. Sila ingat itu! Ingin tahu lebih lanjut boleh lah http://teofanydorm.blogspot.my/2015/12/etika-pacaran-dan-pertunangan-kristen.html?m=1 click link ini, dia menghuraikan pertunangan Kristian dengan sangat jelas.

Sebelum tarikh pertunangan ditetapkan ibu bapa lelaki datang ke rumah berbincang mengenai hubungan kami. Berkawan sudah lama sejak tahun 2005 dan ibu bapa lelaki ingin hubungan kami ke tahap lebih serius. Pada masa perbincangan, suami tidak ikut bersama. Hanya perbincangan orang tua. Selepas itu, seingat saya kedua ibu bapa menyerahkan tugas menetapkan tarikh pertunangan dan persiapan kpd kami bdua utk uruskan. Oleh sebab kerja husband yg selalu traveling, tarikh sebenar ialah somewhere September tp last2 dipostpone ke 11 Oktober 2014.



Majlis dicadangkan mahu sesimple yg mungkin antara close family and friend. Tapi last2 masa pertunangan penuh juga rumah sampai kerusi diluar parking rmh. Hmm dady n mamy punya kerja lah. Puji Tuhan yang penting semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang.

Tempoh pertunangan bagi gereja BEM boleh dipilih iaitu 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan. Bagi pasangan yang tinggal di bandar yang sama adalah digalakan untuk memendekkan tempoh dan memilih 3 bulan untuk mengelakkan hal2 yang tidak bagus. So, bagi kami berdua yang tinggal di bandar yang berlainan kami memilih tempoh paling panjang iaitu 12 bulan. Dan tik tok tik tok 12 bulan berlalu dengan sangat cepat... Perkahwinan kmi diadakan pada 14 Oktober 2015. Saya akan tulis artikel mengenainya nanti.

A simple Christian engagemnt ceremony:
6.30 pm Ketibaan keluarga dan sahabat bermula

7.00pm Doa pemberkatan makan
| Makan malam secara buffet (masakan dimasak oleh aunty2 ahli keluarga terdekat yg sangat talented!|




  

8.00pm Praise n worship song lead by BEM Ebenezer
|Song: Allah Sumber Kuatku|

8.15pm Upacara pemberkatan pertunangan, Pastor Philip Agong
| Utk pengetahuan, gereja BEM akan memberi sijil pertunangan dan ada dinyatakan tempoh bertunangan, paling lama adalah 12 bulan iaiti 1 tahun.



8.30pm Sharing ringkas dari Pastor Philip Agong

9.00pm Ucapan terima kasih dari keluarga

9.10pm Upacara pemberian kasih dari husband iaitu kain sarong perempuan dan lelaki serta handbag
9.20pm Doa penutupan


Comments

  1. Thank you Sis atas sharingnya..sangat berguna untuk pasangan Kristian terutamanya yang SIB hehe..Tuhan memberkati rumah tangga Sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tak kalau tunang lebih dari 1 tahun?

      Delete
    2. Ikut pertunangan gereja SIB or BEM.. Paling lama adalah tempoh 1 tahun sis

      Delete
  2. Jarang orang tulis blog macam ini,,sengan tulisan ini, sekurang2 nya pasangan diluar sanaysana bakal bertunang ada guide line utk mereka. Terbaik sis! Tuhan Yesus memberkati keluarga kamu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping your mind here...have a nice day ^^