Skip to main content

Upacara Purut Adat Lun Bawang

Perjalanan pengalaman sebelum hari pernikahan kami sangat bermakna dimana kami tidak lupakan adat keluarga saya iaitu adat Purut dari Suku Lun Bawang. Sebenarnya ianya suatu keputusan yg agak sukar untuk diterima oleh pihak lelaki sebab mereka berasal dari suku Iban. Sept 2015-Sebulan sbelum hari perkahwinan, kami mengadakan upacara perbincangan  'Purut' atau hantaran mas kawin kepada pengantin perempuan.

Kalau zaman dahulu, pemberian mas kawin atau Purut berupa barang tradisi atau binantang seperti yang dihuraikan diatas. pentingnya Purut dalam suku Lun Bawang juga dihuraikan seperti di atas.

Tetapi kbanyakkan keluarga Lun Bawang 'simplify'kan dan hanya meminta hantaran dalam bentuk mata wang. Oleh itu, kebanyakan suku lain akan bersalah sangka dan menganggap ianya sebagai 'membeli dan menjual' anak. Lgpun, dimana mahu dapatkan binatang seperti Kerbau di Kuching??

Upacara Purut ini diadakan secara kecil-kecilan iaitu antara keluarga sebelah perempuan dan lelaki. Terima kasih kepada Uncle Samion Kaweh, adik lelaki bapa saya kerana membuka rumah nya untuk upacara Purut ini. Syukur kepada Tuhan semuanya berjalan dengan lancar ( tanpa ada argument hehe.. ). Purut berupa mata wang berjumlah RMbiarlah rahsia diberikan oleh wakil lelaki iaitu Penghulu Sebeli kepada wakil perempuan Penghulu Nili. Dan pihak lelaki juga ada memberi hantaran iaitu Baju Tradisional Perempuan Iban 😍 kepada bakal pengantin perempuan. Thank you!
Uncle Samion, Aunt JC, Mitchel, Saya







Comments