Skip to main content

Actual Wedding Day Fabian & Elizebel


Dan akhirnya saya dah post semua psl preparation wedding! Hari ini kita kongsi psl Actual Day Wedding- Holy Matrimony di Gereja. Asal plan kami bdua mmg majlis 14 Oktober 2015 diadakan tentatif:
Sebelah pagi- Church Holy Matrimony
Sebelah Tengahari- Buffet Lunch


Simple dan tak pyh pening fikir pasal budget! Utk pengetahuan, kami berdua membuat keputusan untuk tidak membuat permohonan pinjaman peribadi di bank seperti yg telah dikongsi di entry sebelum ini. Dan itu adalah benda yg km berdua Sangat-sangat bersyukur hingga sekarang- tidak dibebani dgn hutang personal loan. Sebab itu, kami membuat majlis perkahwinan ini sesimple yg mungkin!


Venue
Untuk venue, tak ssh sangat sebab kami mmg mengadakan majlis di gereja untuk Holy Wedding Matrimony. Kami akan tandatangan Sijil Perkahwinan JPN di hadapan semua tetamu di gereja, begitu juga exchange vows and rings. So, pilihan antara gereja BEM Kuching or BEM The Way. Akhirnya km memilih gereja BEM The Way, Jln Kempas. Sy suka sebab di tingkat bawah boleh terus Buffet Lunch dan parking kereta luas.
Sewa untuk ahli gereja: RM600
Sewa untuk bukan ahli gereja: RM1200
Jd, sewa yg kmi kna byr adalah Sewa bukan ahli gereja RM1200. Sbb sy or husban atau both parents bukan ahli gereja BEM The Way. Perlu byr 50% deposit untuk book dan selebihnya byr before event.

Katering Buffet Lunch
Katering diuruskan oleh Mamy saya. Sebab orang yang cater itu BFF dia. Halleluyah Catering. Hehe. So, we get a very special price of only RM2000 for 400pax.

Videographer
Yang ini deal last minute! Impress U Captures. The owner , one of my customer di bank. Jumpa pun masa chit chat di Bank. Gara2 sgt kepoh lah ni tanya org itu,ini. Terus dpt tahu yang dia ni  ada service On event live video recording / live streaming video. Sy tak tahu kualiti kerja dan etika kerja mereka bgus atau tidak tetapi sy mmg menaruh kepercayaan yg tinggi! And me and husband mmg sgt berpuas hati! I get the deal of RM750. Ini harga 2 years ago, sekarang price mereka RM950.

Photographer
Dpt jumpa this person di FB. Trus dm dan trus booked. Tak byk fikir sudah sebab mmg murah ok! RM540 sahaja utk service shot and burn. Dan dia ada bg free gift bantal dgn gmbar cetakan km. Dia ni seorang Cikgu, photography ni hobi sambilan dia shj.

Kek
Yang ini jumpa di Instagram. Budget untuk cake saya kalo boleh mmg RM200 kebawah. Sy tanya semua homemade cake yg dpt sy search area Kuching cuma orang ini shj yg dpt beri RM200 untuk cake dua tingkat. Dia punya sponge cake lain dr yg di Kedai. Mmg homemade rs mcm cake Lumut jak hehhe. So, sy terus book xpyh fikir byk dan sy terus bankin RM200, xpayah deposit2. Mmg yakin lah yg cake akan sampai on the Wedding day.

Church Decoration
Kami berdua mmg kalo boleh xmahu membazir duit melampau2. Sebab itu, untuk decoration di dalam church saya beli sendiri. Lebih murah berbanding suruh orang buat. Saya beli bunga plastick putih satu kotak besar RM135 dan hijau satu kotak besar RM135 di kedai bunga Kenyalang Park. Serta kain hijau RM130 di Kamdar. Budget untuk semua ini Rm400. Untuk Actual day decoration sy dibantu oleh dua adik perempuan dan seorang kawan baik sy yg dtg dr Sabah. 


Door Gift
Door gift di church simple shj. Sy beli paper bag small size dan simpan segala macam gula2. Semua sy buat sendiri. Budget RM150  
Yang door gift di wedding reception sebelah Lelaki yg mahal. Saya beli bekas round RM 25./sebungkus di Rainbow, Tabuan. Beli 9 bungkus dalam ada 30bekas. RM225 untuk bekas ini sahaja. 

Kad Jemputan
Kad jemputan kawin ini dipasaran mmg mahal terlampau. Yang dh baca entry yg sebelum ini mmg tahu sy design dan buat kad sendiri. sekrang budget nya berapa?? All in all saya belanjakan RM250 ( Printing + sampul + Oil Paper + tali ) hehehe. So, bakal pengantin semua rajin2 lah DIY dan buat sendiri yarr. U will save a lot! 

 Wedding studio
oh ya, sy blm write lg psl pengalaman dgn Touch Wedding Kuching. Pengalaman km dgn Touch Wedding Kuching mmg tidak menyenangkan. Sy tak suggest orang ambik service mrk. Yang ini kami ambik lama lama dulu masa msh couple heheh tahun 2013. So, msh simpan lg pakej dgn booking fee RM500 dan takda tarikh luput. Thats why terus guna sahaja lah. Malas mahu cari yg lain...dan gara2 malas ini lah hmmmmmm pengalaman tak bagus terjadi. Mereka mmg 'cukur' habis-habisan lah!!! Duit km bdua mmg berabis di sini jak! Pakej asal RM 2288 boleh sampai RM5400. Tak mahu cakap. Nnt sakit hati. Yg ini pun kami dua byr 'habis seput' kata Orang Iban. Gara2 dia tahu sy ni keja bank and husband keja Sesco terus fikir km ni ada byk duit kah? Adohhh... Mana ada duit. Gaji tiap bulan smua berabis byr hal urusan kawin smua. Tak ckup lagi dgn RM5400. Dia minta lg deposit RM1000 sbb kami bawa baju ke Sri Aman. Mmg husband sy marah sampai perempuan tu xberani tgk muka husband sy lagi. Paling sedih! Sy xdpt pakai baju dinner sy tu sbb zip  blkg dia ada tercabut benang. Sy ambik keputusan xmahu guna takut nnt zip blkg koyak hbis masa event.




Lain-lain
1. Love gift to Pastor- RM150
2. Dress & accesories utk bridemaid /dancer - RM450
3. Necktie (10pcs)- RM80
4. Guest booked & accesories - RM150
5. Backdrop  & bunting - RM200

Keseluruhan yang telah dibelanjakan untuk perkahwinan ini: RM12,145.00   

Puji Tuhan!! Sy dan husband guna sepenuhnya duit simpan / duit gaji untuk belanja perkahwinan. Tips: Yang penting preparation awal setahun sebelum berkawin, semua benda perlu buat satu persatu dan tugas mesti dibahagi awal antara pasangan. Komunikasi itu sangat penting dan kalau boleh elakkan campur tangan idea dr Ibu Bapa masing2. 

Selepas berbincang lebih lanjut, pihak lelaki request buat Wedding reception sebelah lelaki di Sri Aman pada 16 Oktober 2015. Itu pihak lelaki tanggung semua sebab itu kemahuan mereka- ikut sahaja. Asal semua pihak bahagia.


Comments